Monday, December 29, 2008

TIP 11: Untuk Mengurangkan Berat Badan Dan Cergas



Tiada jalan mudah untuk kurangkan berat badan dan cergas. Kurang makan dan bersenam secara sederhana.. Tiada pil cuma ”will power”, yang pasti pil boleh mengurangkan berat dompet anda, berat badan belum tentu.

Untuk turunkan berat badan sebanyak 1kg = 1,000gm, anda perlu kebulurkan diri anda sebanyak 9,000 kcal. Misalannya anda nak turunkan berat badan sebanyak 1kg dalam satu minggu, maknanya 9,000/7 bersamaan 1,300 kcal sehari. Anda kena kebulur diri anda sebanyak ni (1,300 kcal) dari 2,000 yang anda perlukan dalam sehari bagi mereka yang tidak aktif. Makan hanya 700 kcal sehari. Insha’Allah dalam masa seminggu boleh turun 1 kg.

Jika bersenam ianya bukan saja boleh makan lebih sikit, sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa bersenam tetapi ianya boleh menyihatkan jantung dan bertambah cergas.

Wanita yang disiarkan dalam akbar New Strait Times 17 Julai 2008 ini boleh, anda tentu boleh.

Sunday, December 28, 2008

TIP 10: Jangan Sayang Anak Salah Tempat


Hidup mati adalah ketentuan Allah. Adakah sanggup kita melihat anak kita mati akibat faktor dalam kawalan kita. Kita biarkan mereka makan apa saja, asalkan halal. Tak kisah sama ada makanan tersebut sesuai atau tidak dengan mereka atau seimbang dengan usia mereka. Akibatnya kita boleh lihat dalam petikan akbar New Sunday Times bertarikh 16 November 2008 disertakan. Saluran pembuluh darah kanak kanak umur 10 tahun semacam dewasa 45 tahun. Ini boleh membawa risiko diabetes dan darah tinggi dan seterusnya boleh menanggung akibat hidup tetapi mati.
Oleh itu berikanlah mereka makanan seimbang dan jangan melebehi keperluan dalam 2,000 kcal sehari.

Thursday, December 25, 2008

TIP 9: Sikit Tetapi Banyak

Ramai diantara kita salah sangka atau salah anggapan. Kata mereka, saya tak makan banyak tetapi masih gemuk. Di Afrika yang kebulur tu, tiada seorang pun gemuk. Itu contoh yang betul betul tak makan. Yang penting kita perlu tahu apa kita makan. Setengah benda kita makan sikit tetapi nilai kalorinya tinggi. Asas tentang kalori adalah seperti jadual berikut:

********************************************************************************
Jadual : Nilai Kalori Untuk Empat Kategori Sumber Tenaga

1. Karbohidrat 1gm=3.75kcal=15.75kJ=3.75 Calori (dieter)

2. Protein 1gm=4.00kcal=16.80kJ=4.00 Calori (dieter)

3. Lemak 1gm=9.00kcal=37.80kJ=9.00 Calori (dieter)

4. Alkohol 1gm=7.00kcal=29.40kJ=7.00 Calori (dieter)

Nota : 1 kcal = 4.2 kJ = 1(diet) Calorie

Sumber: The Joy Of Slimming oleh Margaret Allan

*****************************************************************************


Minyak adalah kategori lemak, dimana dua sudu besar (28gm) bernilai 252 kcal.
Satu cawan nasi putih kosong satu cawan bernilai 241 kcal. Cuba kita bandingkan dua sudu minyak dah menyamai satu cawan nasi. Oleh itu elakkan dari segala lemak atau perlu ambil sedikit sahaja.

Ramai kita orang Asia suka buat kerja membazir dan menggemokkan.... pisang sudah masak lagi goreng, nasi sudah masak lagi goreng, roti dah okay sapu lagi marjirin atau butter dan bermacam lagi....

Aiskrim... haha.. satu cawan yang manis dan berlemak boleh mempunyai nilai 500kcal. Bayangkan bagi kita yang suka makan aiskrim, nampak sikit tetapi banyak kalorinya. Gula sahaja tanpa benda lain dua sudu besar (28gm) dah 100 lebih kcal.

Kumpulan sayuran dan buahan mengandongi nilai kalori yang rendah... jadi boleh makan banyak.

Oleh itu pilih yang rendah kalori BANYAK TETAPI SIKIT nilai kalorinya bukan disebaliknya.

Tuesday, November 18, 2008

TIP Agong : Tip Dari Allah Subhanawata’alla Yang Maha Agong

Tip ini adalah tip utama dari tip tip dari ayat ayat al-Quran lain yang telah lama diperingati oleh Allah tetapi tak ramai yang mengikutinya. Asas utama: . Kitab suci al-Quran itu lengkap, mengandongi segala ilmu, hikmah dan petunjuk berkenaan dengan kepercayaan, peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan, hukum, cerita dan berita untuk pengajaran semua aspek kehidupan.

Disamping ada ayat ayat lain, gabongan dua ayat ini sudah lengkap sebagai panduan dalam penjagaan kesihatan iaitu dengan mengawal makan minum dan mengawal diri seperti firmanNya dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 “ kepada siapa yang percaya bahawa puasa diwajibkan keatas kamu. Dan telah diwajibkan sebelum kamu, semoga kamu boleh belajar mengawal diri.”

Dan apabila lepas puasa ketika berbuka atau setiap kali makan ingatlah ayat al-Quran surah al-A’raaf ayat 31: “dan makan minumlah dan jangan melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampui batas.’

Disamping ayat-ayat Quran yang menegaskan tentang mengawal diri, mengawal makan dan minum untuk mengawal kesihatan, Rasulullah SAW telah lama memberi contoh tentang makan iaitu:

1. berhenti makan sebelum kenyang
2. tinggal satu pertiga perut kosong selepas tiap kali makan
3. Berpuasa (bulan ramadhan atau puasa sunat) boleh meyembuhkan dari pelbagai penyakit.
Dari Sahih Muslim Nabi SAW bersabda: “perut adalah punca segala penyakit, dan diet
adalah ubat utama.

Jangan syak lagi al Quran dan sunah Nabi kita Muhammad SAW mengajar kita mengawal makan dan mengawal diri dari makan berlebihan adalah ibadah penting disamping isu ibadah lain.

Mengawal makan melalui puasa bulan ramadhan, puasa isnin dan khamis dan berpuasa pada hari- hari tertentu bukan sahaja boleh mendapat pahala yang besar tetapi juga dapat menjadi ‘alfiat sepanjang hayat. Umur panjang atau pendek ditentukan oleh Allah Subhanawata’alla tetapi tidak guna kita menagis akibat tidak kawal makan kaki dipotong akibat diabetes yang boleh kita sendiri mengawalnya. Tidak guna kita menangis apabila buah pinggang kita telah dibuang dan pemerosesan kotoran dibuat dimesin dialisis.

Sunday, October 5, 2008

Tip 8: Jaga Badan Jaga Jantung

Hari jantung sedunia disambut pada 28 September setiap tahun. Tujuannya supaya kita beringat untuk jaga jantung kita kerana penyakit jantung dan strok merupakan punca kematian terbesar didunia. Ianya melibatkan 17.5 juta kematian setiap tahun. Jantung boleh dijaga dengan tabiat makanan kurang lemak, kurang gula, kurang garam, banyak buah dan banyak sayur. Tabiat buruk merokok perlu hentikan, kena riadah berpada pada dan jangan cepat naik berang.

Masa umur muda 28 hingga 33 tahun nak lari satu km pun tak larat, dengan jaga badan bila umur 51 tahun, boleh berlari marathon penuh 42 km.

Tuesday, September 16, 2008

Jual Pengalaman Bukan Jual Ubat


Jual pengalaman bukan jual ubat. Jual ubat kena beli bila habis, tetapi ilmu tak habis. Kalau suka membaca, ilmu akan bertambah. Sepatutnya diberi percuma tetapi untuk menanggung kos kos tertentu dikenakan bayaran bernilai RM19.90 senaskah. Akan diposkan dengan pos berdaftar keseluruh Malaysia kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.


Apa yang diluahkan dalam buku ini adalah pengalaman peribadi, seperti yang telah dimaklumkan sesuaikan cc dengan saiz badan
untuk sihat, Insha' Allah.


Dulu gemuk nak berjalan dan naik tangga pun susah, sekarang Alhamdulillah, lari marathon pun lepas dan badan juga sihat. Lihat badan dulu seperti gambar disertakan.

Sunday, September 14, 2008

Tip 7: Buat Selalu untuk cergas dan sihat

Semua doktor kata, pakar kesihatan kata, apa yang di tulis dalam buku murah ke, mahal ke, dalam internet yang percuma ke, semua bersepakat dan kata senaman boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. Senaman bukan macam seks, seks ni lagi kita buat lagi kita lemah,, tambah tambah yang dah lebih umurnya lebih 50 yahun. Senaman ni lagi kita lakukan kita akan bertambah cergas. Contohnya saya sendiri semasa umur 33 tahun berat badan 90kg nak lari 1 km pun tak lepas tetapi bila dah buat selalu lebih dari 20 tahun lari marathon pun lepas. Tentu sekali tak dapat nombor tetapi dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan, dapat "finisher medal". Bila kita pergi marathon kita terkejut bila orang tua pada kita boleh potong kita berdesut.. apa perlu buat, buat selalu senaman, latih selalu. BUAT SELALU KATA DOKTOR" KALAU SENAMAN BOLEH DIMASUKKAN ATAU DIJADIKAN PIL TENTU SEKALI IANYA MERUPAKAN PIL YANG PALING LARIS DI DISKRIPSI OLEH PARA DOKTOR"

Monday, July 14, 2008

Tip 6: Ubahsuai Resepi Nenek Moyang

Elakkan resepi nenek moyang... Tok Yah, Tok Nya, Opah..... kerana zaman kita tak sesuai lagi. Tok Nenek kita reka resepi bersesuaian dengan gaya hidup mereka ketika itu. Kerja mereka nelayan, bersawah, mencari petai, rotan atau lain lain, berkebun dan lain lain yang mana punca rezeki mereka melalui keringat membanting tulang, berdiri berjam jam dan berjalan berbatu batu atau aktiviti fizikal yang lain yang banyak guna tenaga dan keluar peluh. Untuk kemana saja mereka berjalan, berjunjung, menjinjit atau memikul membawa barang... sila bayangkan berapa banyak kalori dihabiskan???? Kalau mereka makan nasi lemak sepinggan dan bertambah... okay kerana dah banyak dibakar.. Bayangkan resepi kuzi kambing yang dimasukkan segala yang berlemak dan berkalori tinggi untuk rasa sedap.. bagi mereka tak pe, mereka dah bakar banyak kalori melalui kerja harian mereka disamping beratus kalori lagi dibakar untuk sembelih kambing, persediaan dan memasak...



Kita sekarang, pekerjaan semua guna otak dan hanya guna jari tangan. Bergerak pakai kereta atau motor walaupun jarak dekat, naik pejabat pakai lift, parking kereta kalau boleh nak depan pintu pejabat.. jauh sikit merungut... resepi Tok Nenek kita guna lagi.. mengancam, sedap, ada oomh.. . Sepatutnya resepi tersebut kita ubahsuai untuk keperluan zaman moden yang kurang bergerak atau gaya hidup yang berubah. Sebab itu digalakkan beriadah dan bergerak aktif untuk bakar kalori. Jika tak nak beriadah dan tak nak bergerak aktif,,, tukar resepi makanan atau makan makanan macam Kementerian Kesihatan dok kempen tu... kurang gula, kurang garam, kurang lemak, banyak makan buah, banyak makan sayur

Tuesday, June 17, 2008

Tip 5: Sihat DiSamping Mendapat Pahala

Dengan beriadah kita mendapat pahala. Semasa riadah samada berjalan laju, berjoging, berbasikal atau lain-lain kita boleh berzikir dan atau berselawat kepada Nabi kita Muhammad (SAW). Untuk tujuan ini beriadah bersendirian adalah lebih menafaat dari berkumpulan. Secara berkumpulan biasanya kita berbual kosong atau yang lebih teruk kita mengumpat. Sepatutnya pahala yang dicari disamping mendapat kesihatan tubuh badan tetapi dosa yang dikumpul. Oleh itu jika beriadah berkumpulan elakkan dari mengumpat atau bercerita tentang tajuk yang tidak membawa menafaat.

Saturday, June 14, 2008

Ringkasan Dan Kandongan Buku

MAKAN UNTUK HIDUP merupakan buku panduan umum dan ringkas tentang keperluan pemakanan dan aktiviti seharian yang perlu untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Selain membincangkan perihal amalan pemakanan dan aktiviti kehidupan manusia yang serba moden hari ini, buku ini juga turut mempertuturunkan beberapa saranan berguna untuk hidup sihat dan cergas sepanjang masa dari perspektif agama Islam

Antara lain buku ini turut mengemukakan formula formula asas untuk mengekal berat badan unggul, konsep riadah yang bertepatan dan turut disulami dengan jenaka jenaka pilihan berkaitan dengan makanan dan pemakanan.

Buku ini dihasilkan melalui pengalaman dan pengamatan peribadi penulis disamping penekanan terhadap disiplin dan amalan pemakanan seimbang. Penulis kini menjalani kehidupan yang sihat dan dengan berat badan yang unggul, ketahui rahsia penulis melalui buku kecil ini.

Buku ini sesuai untuk dibaca oleh segenap masyarakat, apatah lagi dunia hidup moden hari ini benar-benar menuntut manusia untuk perihatin dengan apa yang mereka makan dan apa yang mereka lalui hari hari

Bab-Bab Dalam Buku:


1. Kata Pengantar 2. Prolog 3. Perubahan Zaman 4. Kenapa Perlu Berat Badan Unggul
5. Formula Asas Untuk Menjaga Berat Badan 6. Pengalaman Menjaga dan Mengurang Berat Badan.
7. Jenaka Untuk Panduan 8. Lawan Arus Untuk Menjaga Berat Badan Untuk Sihat Walafiat
9. Kenapa Perlunya Riadah 10. Islam Sangat Tegas Tentang Penjagaan Kesihatan Melalui Pemakanan 11. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi 12. Kesimpulan

Tuesday, May 6, 2008

Tip 4: Untuk sihat -Selaraskan CC dengan Body.

Macam kereta. Kereta kancil ber"cc" 850 atau 660, bodynya bersesuaian dengan saiz cc nya. Begitu juga trailer.. bodynya diselaraskan dengan cc dan bahan yang nak diangkut. Trailer bahagian kepala saja tanpa body .. berdesut larinya macam kereta sport yang cc nya sampai 4000cc bawa badan kancil... Kita manusia pun sama.. perlu selaraskan cc kita iaitu ketinggian dengan berat badan kita. Formula adalah BMI (body mass index) dikira berat (dalam kg) dibahagikan dengan ketinggian (kuasa dua dalam meter) dan pastikan keputusanya diantara 18.5 - 24.9. Maknanya kalau ketinggian macam saya ini 1.62m, jangan nak rasa macho kononnya berbadan besar dengan berat badan 90kg. BMI=34.3 ini bukan macho, ini boroi atau obes habis. Bagi ketinggian 1.62m sepatutnya berat badan antara 48.5kg hingga 65.3kg bergantung pada kerangka kita barulah macho.Jangan salah tafsir, orang Asia kerangkanya kecil, berbadan unggul nampak macam cicak kubin kerana tiada lemak melekat sekeliling badan kita.

Monday, April 28, 2008

Tip 3: Jangan amalkan cara "hidup untuk makan"

Jangan amalkan hidup untuk makan. Amalan hidup untuk makan ni membuat kita sondol segalanya yang ada depan kita, macam "............." ternakan yang kecoh kat Selangor tu. Tak kira apa yang ada depan kita, kita sapu, tak kira yang halal atau yang haram, tak kira busuk atau wangi, tak kira manis atau tawar, tak kira masin atau pedas, tak kira warna hitam atau putih, tak kira berlemak atau tak berlemak... bila makan layan diri ambil semua yang dihidang (peruntukan makan untuk tiga hari disapu sekali makan, untuk berbaloi kerana makan sikit atau banyak bayar sama harga), bila kenduri berebut kedepan ambil makan,tak beri peluang imam dan rakan-rakan tahlil (sedangkan kita datang lewat, sampai sampai dah waktu nak makan)... Allah rekabentuk "........." macam tu. Allah rekabentuk manusia macam Nabi kita Muhammad (SAW), berhenti makan sebelum kenyang, kosongkan 1/3 perut kita, bila Baginda Rasulillah berdiri tegak, Baginda boleh lihat ibu jari kaki.. maknanya Baginda slim. Amalan pasal makan banyak diceritakan dalam ayat al-Quran (akan dimaklumkan dalam tip berikutnya). Amalan hidup untuk makan ni, akan membebankan segala sistem badan kita. Bila makan berlebihan, semua organ dalam badan kita terpaksa kerja lebih, perut terpaksa dibuncitkan untuk tanggung makanan berlebihan, lutut dan sendi sendi terpaksa kerja lebih untuk tanggung berat berlebihan, buah pinggang terpaksa kerja lebih untuk peroses bermacam air warna masuk nak jadikan putih, jantung terpaksa bekerja kuat untuk lawan ikatan lemak disekelilingnya, hati terpaksa proses berapa banyak bahan tosik yang dimakan.. dan lain organ yang terpaksa kerja lebih..... akibatnya "overheating". Macam enjin Kancil bawa badan mercedes. Enjin kereta kancil direkabentuk untuk bawa badan kancil... begitu juga manusia yang direkabentuk oleh Allah supaya makan bersesuaian dengan badan kita.

Friday, April 18, 2008

Makan Untuk Hidup- Tip2: Guna Isyarat Praktikal

Tip 2: Guna isyarat praktikal pengukur pita pada pinggang kita. Kalau dah umur lebih dari 30 tahun.. jangan fikir lagi nak membesar dan nak tinggi , kalau tali pinggang dah ketat jangan longgarkan atau kalau seluar dah ketat, jangan pergi kekedai beli seluar baru saiz yang lebih besar. Yang penting kita perlu buat ialah jaga makan dan minum agar kurang dari apa yang diperlukan untuk kuruskan badan dan dapat "maintain" saiz tali pinggang dan seluar. Boroi..perut kedepan tak macho.. boleh mengundang pelbagai penyakit.. kita membunuh diri kita secara jangka panjang...........

Sunday, April 13, 2008

Tip 1: Tukar tabiat dari dari jadi Penonton ke Pelakon

Untuk sihat dan berat badan unggul. Tukar tabiat dari penonton ke pelakon. Kat rumah/warung Pertandingan piala eropah kita tonton, piala FAM kita tonton, piala dunia kita tonton, piala davis kita tonton dan lain-lain yang ditonton dalam tv. Kat kolam renang kita tonton anak kita berenang. Kat padang permainan kita tonton anak kita bermain. Kat sekolah hari sukan kita tonton anak kita main sukan. Kat gym kita tonton awek bersenam. Upacara jogathon kita tonton. Senamrobik kita tonton dan lain-lain....... tukar jadi pelakon.. Insha'Allah keluar peluh badan sihat dan bakar kalori.

Thursday, April 10, 2008

Buku: Makan Untuk Hidup




Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun mengawal berat badan dan mengawal tekanan darah tinggi. Gambar sebelah diambil pada 6 April 1987. Saya berbaju batik berdiri paling kiri, umur 33 tahun, berat badan 90kg dan mengalami tekanan darah tinggi.


Sekarang berat badan 60kg, umur sekarang 53+ tahun dan alhamdulillah tiada tekanan darah tinggi tanpa makan ubat.... petua dan rahsianya diluahkan dalam buku "makan untuk hidup"