Monday, December 20, 2010

Larian Bdr Rinching Bersama Jo Dan Taman Pelangi Bersama Syamil



Lari bersama Jo di Bandar Rinching Sek 2 dan ke Bandar Rinching Sek 5 bertemu Syami. Saya dan Syamil berlari ke Taman Pelangi melalui depan Sekolah Menengah Bandar Rinching dan balik melalui berhampiran TESCO. Laluan kami boleh dilihat melalui link dibawah'

Untitled by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Salah satu cara untuk kurangkan obesiti dan diabetes adalah melalui senaman selain dari perkara utama adalah mengawal makan minum. Larian saya sejauh 11.47km ini dapat bakar 386 kilokalori. Jumlah kalori ni baru setara dengan filet-o-fish yang belum dikira kalori dari kentang goreng dan air berkabonat satu tin 325mL.

Saturday, December 11, 2010

KOMEN PASAL RESEPI 4


Pasal makan dan senaman ni....bertubi tubi Kementerian Kesihatan Malaysia buat iklan boleh dikatakan disemua dada akbar akbar tempatan minggu lepas, contohnya di Sinar Harian 9 Disember 2010..... Mengatakan Rakyat malaysia Terancam..... 2 dari 5 orang dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau...... OBES...... boleh dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser....

Percayalah semua ini benar dan fakta ini bukan main main. Jangan mati sebelum mati... jangan terlewat dari kaki dipotong akibat kencing manis, dan buah pinggang tidak lagi berfungsi bergantung pada alat dialisis akibat tekanan darah dan lain-lain faktor sakit kronik yang boleh dikawal.

Contoh makanan kegemaran anda ni... belasah burger (double layer), kentang goreng dan minum air berkabonat manis... kobinasi 3 benda ni kalorinya boleh mencapai 1,000 kilokalori... tak kira lemah tepu yang akan melekat dalam saluran darah kita..kita perlu sehari dalam 2,000 kkalori.. makan benda ni dah balasah separuh keperluan harian... belum lagi minum petang pisang goreng atau segala yang goreng atau teh tarik gelas besar waktu malam yang.. memang tak perlu. 1 Tin coca cola 325mL bernilai 146 kkalori.