Tuesday, July 27, 2010

Jelajah Hampir 100% Jalan Di Taman Pelangi Semenyih


Lari hampir 100% semua jalan di Taman Pelangi.. melebehi 10 km... Sila tekan link dibawah

Tekan Sini...Jelajah Hampir 100% Jalan Di Taman Pelangi Semenyih by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Bakar hanya 481 C.. Jika pilih salah satu "makan" atau " senaman" , mengawal makan lebih senang dari berjoging. Berjoging memakan masa 1 jam, kurang makan akan jimat masa, jimat wang dan badan sihat. Yang paling baik buat secara sederhana kedua-duanya.

Gambar mukan depan NST 18 Jul 2010, berumur antara 7-15 tahun tetapi telah mengidap penyakit diabetes kerana mengamal makanan dan gaya hidup yang tidak sihat.... dulunya penyakit diabetes ini hanya "famous" pada dewasa 50an sahaja. Oleh itu prihatin terhadap makan, minum dan riadah/sukan anak-anak kita. Sayang anak mesti kena pada tempatnya.

Tuesday, July 13, 2010

MACAM MANA NAK BAKAR SEKEPING ROTI CANAI


Taman Tasek Kesuma by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Bagi siapa jika dah makan berlebihan dengan memakan roti canai ni (berdasarkan resepi yang tertera) perlu lari 7km untuk nak bakar 340kcal. Ini tak termasuk kari dal yang dianggarkan 100 kcal. Oleh itu jika tak nak lari jangan makan berlebihan dari yang sepatutnya.

Dengan makan berlebihan 440kcal(termasuk kari dal)boleh menambah lemak kat badan kita sebanyak 49gm. Kalau setiap hari kumpul 49gm, dalam sebulan badan dah naik 1.47kg, dalam setahun dah lebih 17 kg. Itu hanya berdasarkan berlebihan 440kcal... bayangkan jika makan berlebihan 1,000 kcal setiap hari.

Tuesday, July 6, 2010

BACA LABEL 1



Label ini diambil dari salah sebuah restoren makanan segera yang terkenal. Untuk makluman keperluan harian kita adalah lebih kurang 2,000 kcal untuk lelaki dewasa dan 1,800 kcal untuk wanita dewasa. Dari yang dilabel jika kita makan "kentang goreng bersaiz besar" ni 5 kotak (5 x 413 kcal = 2065kcal) dah menyamai keperluan kita sehari, protein tak cukup ( 5 x 10% hanya 50%) tetapi lemak dah melebehi keperluan ( 5 x 32% dah 160% - lebih 60% dari yang disarankan oleh pakar pemakanan). Kesimpulan disini makanan tersebut banyak lemak.... dari mana puncanya? Jawapannya dari minyak... Ini lah dari kategori sikit tetapi nilai kalorinya tinggi. Lemak perlu dimakan jangan melebehi 59g sehari. Untuk kawal kolesterol dalam badan lemak jangan diambil melebehi 44g atau 20% dari jumlah keperluan harian.

Dari B ke C ke D




Sepanjang zaman muda saya... boorooi(B), tambah tambah lepas kahwin bila masakan isteri sedap saje.. belasah semacam... ada anak asyik pi Restoren Kentucky setiap hujung minggu. Berat badan ketika umur 25 tahun 55 kg naik jadi maksima 90kg lebih dalam masa kurang 10 tahun. Dizaman kanak kanak hanya jumpa ayam atau daging setahun dua tiga kali, dengan rezeki yang Allah bagi (Alhamdulillah) kehidupan bertambah baik dan makan makanan pun bertambah baik. Saiz keluar bertambah setiap tahun dari 28 inci ke 38 inci... machoo... rasa badan bertambah besar tetapi tidak sedar yang bertambah besar adalah perut, peroses pembesaran telah tamat setelah mencapai umur 16 atau 17 tahun. Peroses boorooi ini melalui makan berlebihan menyebabkan lemak meliputi seluruh anggota badan termasuk keliling jantung dan dalam saluran darah yang dipanggil "kolesterol". Bila dah "lemak" mengusai badan segalanya menjadi "lemah". Balik kerja baca surat kabar atas kerusi pun boleh tertidur, usah nak keluar berlari atau tanam pokok.

Dengan berat badan berlebihan (B-boorooi), kita akan mendapat risiko segala penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, sakit jantung, angin ahmar, penyakit buah pinggang dan pelbagai lagi.

Oleh itu nak cergas (C) dari B ke C, perlu menjalani peroses terbalik atau undur (reverse) yang kita lalui selama ini dengan peroses "ketosis". Kurang makan supaya kita "berlapar" atau kurang mengambil makanan dari apa yang diperlukan (contohnya diperlukan 2,000 kcal sehari) ke tahap 1,000 atau 1,200 kcal sehari, tiada gula dan tiada lemak. Peroses kitosis akan berlaku (macam puasa) bila tiada gelukos atau gula secara terus, tenaga akan diambil dari pemecahan lemak.. baru le lemak akan pecah ditukar menjadi tenaga. Mula-mula akan rasa letih, tetapi selepas seminggu ianya akan berasa macam biasa setelah otak dapat menyelaraskannya. Kajian dibuat untuk kurangkan letih kita boleh ambil vitamin B5 (Pantothenic acid). Senaman dimulakan dengan berjalan dan bila BMI sudah mencapai 22 boleh mula berlari atau senaman yang lebih rancak. Insha'Allah dalam masa 3 atau 6 bulan kita akan lebih cergas (C) dan sihat.

D ( "die" atau "dalam kubur"). Dari B juga boleh terus ke D. Dari C juga akan ke D. Bila di C, Insha'Allah jalannya lebih panjang.. mengikut kajian mereka yang cergas dan berat badan unggul umurnya lebih panjang, kurang sakit dan yang paling penting tidak mati sebelum mati... Bayangkan bila kita kena serangan angin ahmar mati sebelah badan atau seluruh badan, kaki dipotong akibat diabetes, buah pinggang rosak dan mengharap pada mesin dialisis.... menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Bila ditahap D, yang diambil kiranya hanyalah amal jariah kita, ilmu yang memberi menafaat dan anak yang soleh yang mendoakan kita .. C atau B dah tak penting lagi..