Tuesday, May 25, 2010

TAK SEHEBAT MANA 2


Hidup mati sihat sakit kaya miskin jodoh pertemuan dan semuanya adalah ketentuan Allah. Kita cuma berikhtiar dan berdoa agar dimakbulkan cita-cita kita.

Pada padangan saya, nak kurus dan sihat lebih mudah dari nak jadi jutawan. Nak kurus dan sihat, faktor-faktor penyokong semuanya dibawah kawalan kita...melalui ubah gaya hidup melalui makan/minum dan bergerak aktif... kalori masuk kurang dari kalori yang diperlukan, Insha'Allah, kurus. Tukar minda yang borooi dan berisi tu ok.. hanya jika BMI ok atau berat badannya unggul.

Nak jadi jutawan ni,, ada banyak faktor dibawah kawalan kita dan juga banyak faktor diluar kawalan kita....Banyak sekim cepat kaya,yang kaya cepat jadi jutawan adadalah pengasasnya seorang. Beribu yang lain papa...Begitu juga perniagaan lain, ramai tak kaya (jutawan) dari jutawan. Di Bukit Genting begitu juga.. ramai yang papa kalah judi dan yang kaya berbilion Goh Tong anak beranak...

Oleh itu pada mereka yang tak berapa berjaya nak jadi jutawan, jadikan hasrat untuk kuruskan badan sebagai motivasi nombor satu..

Untuk sihat dan tambah stamina kita kena guna formula FIT. Akan bincang kemudian.

Monday, May 17, 2010

Saya makan sikit tetapi kenapa masih lagi gemuk?




Gambar diatas diambil dari siri kutbah Jumaat www.infosihat.gov.my

JAWAPAN: Contoh yang betul tak makan banyak, adalah di Afrika semuanya kurus kering. Kita gemuk kerana salah makan. Kita makan sikit tetapi makan makanan atau minuman berkalori tinggi. Contoh makanan berkalori tinggi, ”SIKIT TETAPI BANYAK”( sedikit dari segi beratnya tetapi nilai kalorinya per gram adalah tinggi), contohnya adalah minyak dan gula.

Makanan Nilai kcal
Butter 28 g 225
Gula 1 sudu meja 28 g 110
Keju (cheddar cheese) 25 g 99
Minyak 1 sudu meja 14 g 126
Susu krimer pekat manis 20 g 68
Thousand island 14 g 62

Monday, May 10, 2010

Khutbah Jumaat 1




Rujukan diambil dari siri khutbah Jumaat laman www.infosihat.gov.my.

Diabetes ada ibu segala penyakit, makan, minum dan hidup tidak aktif punca segalanya. Oleh itu apa yang disarankan berkali-kali sebelum ini adalah makan dan minum berpada-pada jangan sampai sendat sehingga tak boleh bernafas atau terpaksa dilonggarkan tali pinggang. Bersenam secara sederhana untuk longgarkan otot dan melancar pergerakan darah/jantung dan meringankan penafasan/paru-paru.

Jangan fikir makan banyak kita boleh kuat, lebih bertenaga... makan banyak menjadi resepi untuk tidur lebih banyak dan lebih nyenyak.

Tuesday, May 4, 2010

RESEPI NAK KURUS

Ikut resepi berikut Insha'Allah kita boleh turunkan berat badan kita 1 kg dalam masa sembilan hari dengan kebulurkan diri kita 1,000 kcal sehari.

Anggaran Keperluan Makanan – 1,130 kcal
kcal
1. Sarapan pagi
Cereal (59 gm) = 240
Susu 250ml = 130
Air suam 1 gelas = 0
1 biji pil multivitamin = 0
370
2. Makan tengah hari
Nasi putih (200gm) = 250
Ikan kembung singgang
(alternatif dikukus satu ekor)
bersama tomato, cili hijau,
cendawan, seleri dan
bawang besar – tiada garam
tiada gula atau sebok perasa = 160
Satu gelas ais kosong = 0
410
3. Makan malam
Roti “breaktrue’ dua keping = 110
Milo satu gelas = 180
Air suam satu gelas = 0
Pisang 1 biji = 60
350
Jumlah = 1,130