Monday, April 28, 2008

Tip 3: Jangan amalkan cara "hidup untuk makan"

Jangan amalkan hidup untuk makan. Amalan hidup untuk makan ni membuat kita sondol segalanya yang ada depan kita, macam "............." ternakan yang kecoh kat Selangor tu. Tak kira apa yang ada depan kita, kita sapu, tak kira yang halal atau yang haram, tak kira busuk atau wangi, tak kira manis atau tawar, tak kira masin atau pedas, tak kira warna hitam atau putih, tak kira berlemak atau tak berlemak... bila makan layan diri ambil semua yang dihidang (peruntukan makan untuk tiga hari disapu sekali makan, untuk berbaloi kerana makan sikit atau banyak bayar sama harga), bila kenduri berebut kedepan ambil makan,tak beri peluang imam dan rakan-rakan tahlil (sedangkan kita datang lewat, sampai sampai dah waktu nak makan)... Allah rekabentuk "........." macam tu. Allah rekabentuk manusia macam Nabi kita Muhammad (SAW), berhenti makan sebelum kenyang, kosongkan 1/3 perut kita, bila Baginda Rasulillah berdiri tegak, Baginda boleh lihat ibu jari kaki.. maknanya Baginda slim. Amalan pasal makan banyak diceritakan dalam ayat al-Quran (akan dimaklumkan dalam tip berikutnya). Amalan hidup untuk makan ni, akan membebankan segala sistem badan kita. Bila makan berlebihan, semua organ dalam badan kita terpaksa kerja lebih, perut terpaksa dibuncitkan untuk tanggung makanan berlebihan, lutut dan sendi sendi terpaksa kerja lebih untuk tanggung berat berlebihan, buah pinggang terpaksa kerja lebih untuk peroses bermacam air warna masuk nak jadikan putih, jantung terpaksa bekerja kuat untuk lawan ikatan lemak disekelilingnya, hati terpaksa proses berapa banyak bahan tosik yang dimakan.. dan lain organ yang terpaksa kerja lebih..... akibatnya "overheating". Macam enjin Kancil bawa badan mercedes. Enjin kereta kancil direkabentuk untuk bawa badan kancil... begitu juga manusia yang direkabentuk oleh Allah supaya makan bersesuaian dengan badan kita.

Friday, April 18, 2008

Makan Untuk Hidup- Tip2: Guna Isyarat Praktikal

Tip 2: Guna isyarat praktikal pengukur pita pada pinggang kita. Kalau dah umur lebih dari 30 tahun.. jangan fikir lagi nak membesar dan nak tinggi , kalau tali pinggang dah ketat jangan longgarkan atau kalau seluar dah ketat, jangan pergi kekedai beli seluar baru saiz yang lebih besar. Yang penting kita perlu buat ialah jaga makan dan minum agar kurang dari apa yang diperlukan untuk kuruskan badan dan dapat "maintain" saiz tali pinggang dan seluar. Boroi..perut kedepan tak macho.. boleh mengundang pelbagai penyakit.. kita membunuh diri kita secara jangka panjang...........

Sunday, April 13, 2008

Tip 1: Tukar tabiat dari dari jadi Penonton ke Pelakon

Untuk sihat dan berat badan unggul. Tukar tabiat dari penonton ke pelakon. Kat rumah/warung Pertandingan piala eropah kita tonton, piala FAM kita tonton, piala dunia kita tonton, piala davis kita tonton dan lain-lain yang ditonton dalam tv. Kat kolam renang kita tonton anak kita berenang. Kat padang permainan kita tonton anak kita bermain. Kat sekolah hari sukan kita tonton anak kita main sukan. Kat gym kita tonton awek bersenam. Upacara jogathon kita tonton. Senamrobik kita tonton dan lain-lain....... tukar jadi pelakon.. Insha'Allah keluar peluh badan sihat dan bakar kalori.

Thursday, April 10, 2008

Buku: Makan Untuk Hidup




Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun mengawal berat badan dan mengawal tekanan darah tinggi. Gambar sebelah diambil pada 6 April 1987. Saya berbaju batik berdiri paling kiri, umur 33 tahun, berat badan 90kg dan mengalami tekanan darah tinggi.


Sekarang berat badan 60kg, umur sekarang 53+ tahun dan alhamdulillah tiada tekanan darah tinggi tanpa makan ubat.... petua dan rahsianya diluahkan dalam buku "makan untuk hidup"