Sunday, April 18, 2010

Resepi Nak Borooi


Siapa yang nak borooi ikut le resepi ni. Satu hari makan berlebihan 1,000kcal lebih.Satu minggu 9,000 kcal.. bermakna satu minggu naik badan 1 kg. Sebenarnya makan goreng pisang waktu petang tak perlu,, dah selamat 460 kcal. Tak kira pekena teh tarik dan roti canai mamak tengah malam lagi. Nak bakar 460 kcal ni kena lari hampir satu jam dengan kelajuan 10km/jam... bayangkan teroknya..






Anggaran Keperluan Makanan – 2,898 kcal
kcal
1. Sarapan pagi
Roti telur = 420
Kari dal = 100
Teh tarik = 130
650
2. Makan tengah hari
Nasi putih (200gm) = 250
Kari daging = 400
Sayur kubis goreng = 140
Air kacang soya 1 tin = 168
958

3. Makan petang
Goreng pisang = 180
Goreng kerpuk leko = 150
Teh ais satu gelas = 130
460
3. Makan malam
Nasi putih (200g) = 250
Ikan goreng = 250
Sayur campur goreng = 140
Pisang 1 biji = 60
Teh tarik = 130
830
Jumlah = 2,898

Thursday, April 8, 2010

TAK LE SEHEBAT MANA



Tak le sebebat mana ni... cuma nak cerita jika kita berbadan normal iaitu berat badan sepadan dengan tinggi kita, semuanya akan jadi ringan dan senang. Sekali lagi saya ulang, masa saya berbadan 90 kg, makan tentu banyak tetapi segalanya lemah?? mana pi semua tenaga? nak lari 1 km pun tak larat ??? jika berbadan dengan berat badan unggul Bukit Broga pun boleh terokai dengan masa terbaik setakat ini, naik dan turun (2 x 1.7 km) dalam masa 40 minit.

Wednesday, April 7, 2010

PERLU DOKTOR


Jika tak dapat tukar gaya hidup dan gaya makan dengan mengamalkan makanan seimbang,, kita perlu doktor. Sebab tu le.. di seluruh dunia.. doktor tak cukup cukup. Dulu hanya di Universiti Malaya saja ada kursus kedoktoran.. sekarang dah semua uni kerajaan ada jurusan kedoktoran..banyak uni swasta pun tawar kusus kedoktoran.... Doktor hidup mewah.. terdapat diserata taman kalau dulunya hanya berada di bandar besar saje.. tu pun satu saja. Trend negara maju,, ramai orang sakit.. kata nya tekanan hidup...tetapi tekanan akibat makan berlebihan adalah lebih mudarat. Lihat apa saje depan mata.. semuanya nak sondol. Yang suka nak sondol pula.. yang manis-manis dan yang berlemak-lemak..... bertambah le manis darah dan bergelong le lemak kat badan.