Tuesday, November 18, 2008

TIP Agong : Tip Dari Allah Subhanawata’alla Yang Maha Agong

Tip ini adalah tip utama dari tip tip dari ayat ayat al-Quran lain yang telah lama diperingati oleh Allah tetapi tak ramai yang mengikutinya. Asas utama: . Kitab suci al-Quran itu lengkap, mengandongi segala ilmu, hikmah dan petunjuk berkenaan dengan kepercayaan, peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan, hukum, cerita dan berita untuk pengajaran semua aspek kehidupan.

Disamping ada ayat ayat lain, gabongan dua ayat ini sudah lengkap sebagai panduan dalam penjagaan kesihatan iaitu dengan mengawal makan minum dan mengawal diri seperti firmanNya dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 “ kepada siapa yang percaya bahawa puasa diwajibkan keatas kamu. Dan telah diwajibkan sebelum kamu, semoga kamu boleh belajar mengawal diri.”

Dan apabila lepas puasa ketika berbuka atau setiap kali makan ingatlah ayat al-Quran surah al-A’raaf ayat 31: “dan makan minumlah dan jangan melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampui batas.’

Disamping ayat-ayat Quran yang menegaskan tentang mengawal diri, mengawal makan dan minum untuk mengawal kesihatan, Rasulullah SAW telah lama memberi contoh tentang makan iaitu:

1. berhenti makan sebelum kenyang
2. tinggal satu pertiga perut kosong selepas tiap kali makan
3. Berpuasa (bulan ramadhan atau puasa sunat) boleh meyembuhkan dari pelbagai penyakit.
Dari Sahih Muslim Nabi SAW bersabda: “perut adalah punca segala penyakit, dan diet
adalah ubat utama.

Jangan syak lagi al Quran dan sunah Nabi kita Muhammad SAW mengajar kita mengawal makan dan mengawal diri dari makan berlebihan adalah ibadah penting disamping isu ibadah lain.

Mengawal makan melalui puasa bulan ramadhan, puasa isnin dan khamis dan berpuasa pada hari- hari tertentu bukan sahaja boleh mendapat pahala yang besar tetapi juga dapat menjadi ‘alfiat sepanjang hayat. Umur panjang atau pendek ditentukan oleh Allah Subhanawata’alla tetapi tidak guna kita menagis akibat tidak kawal makan kaki dipotong akibat diabetes yang boleh kita sendiri mengawalnya. Tidak guna kita menangis apabila buah pinggang kita telah dibuang dan pemerosesan kotoran dibuat dimesin dialisis.