Monday, March 8, 2010

“TIDAK PERLU DOKTOR JIKA MAKAN MENGIKUT SUNNAH”

IKTIBAR TERULUNG UNTUK RENUNGAN
“TIDAK PERLU DOKTOR JIKA MAKAN MENGIKUT SUNNAH”


Rasulullah s.a.w. telah menghantar utusan untuk menjemput masuk Islam kepada beberapa pemerintah yang bukan Islam diempayar sekeling termasuk ke Iskandaraih/Mesir. Utusan Rasulullah ke Mesir Hatib bin Abi Baltaah telah diberi layanan baik oleh Pemerintah Mesir ketika itu Raja Muqawqis. Dia menghadiahkan Hatib bin Abi Baltaah wang seratus dinar beserta lima persalinan. Muqawqis juga menghadiahkan kepada Rasulullah dua orang hamba iaitu Mariyah Al-Qibtiyyah dan Shireen, 20 persalinan buatan Mesir, binatang tunggangan (kaldai - Duldul), madu dari Binha, minyak wangi, sebuah mangkuk kaca serta seorang doktor. Semua hadiah tersebut diterima oleh Rasulullah, kecuali doktor. Rasulullah mengembalikan doktor tersebut dengan bersabda maksudnya, "kembalilah kepada kaummu kerana kami adalah kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai kenyang".(Az-Zuhri dlm Shawqi).

Rujukan: 1. Ahmad Tajudin bin Abdul Hamid (1998) Metodologi Dakwah Alaf Baru; Jurnal Dakwah Jld 1, Bil 1 JPIM KPM “ Kuala Lumpur.
2. Shawqi Abu Khalil (2004) Atlas on The Prophets Biography, Darussalam, Riyadh .

Thursday, March 4, 2010

KESELAMATAN LOT BANGLO SEKSYEN 1

Penghuni Jalan 1/8 , Jalan 1/8A, Jalan 1/2, Jalan 1/7A, dan Jalan 1/2D dan sekitar,

Assallamua’alaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Alhamdulillah kita telah berjaya mengadakan perbincangan pada 28 Febuari 2010 lepas. Kehadiran adalah seramai 21 orang.

Didalam perbincangan tersebut kita telah memutuskan untuk mengadakan perkhidmatan JAGA keselamatan dan CCTV. Kos untuk perkhidmatan ini akan dipanggil sebutharga untuk panduan.

Sila nyatakan pandangan Tuan/Puan kos bulanan yang difikirkan Tuan/Puan mampu/sesuai

RM 50 RM100 RM150 RM200

Maklum balas Tuan/Puan amat amat dihargai.

Terima kasih.