IKTIBAR TERULUNG UNTUK RENUNGAN
“TIDAK PERLU DOKTOR JIKA MAKAN MENGIKUT SUNNAH”
Rasulullah s.a.w. telah menghantar utusan untuk menjemput masuk Islam kepada beberapa pemerintah yang bukan Islam diempayar sekeling termasuk ke Iskandaraih/Mesir. Utusan Rasulullah ke Mesir Hatib bin Abi Baltaah telah diberi layanan baik oleh Pemerintah Mesir ketika itu Raja Muqawqis. Dia menghadiahkan Hatib bin Abi Baltaah wang seratus dinar beserta lima persalinan. Muqawqis juga menghadiahkan kepada Rasulullah dua orang hamba iaitu Mariyah Al-Qibtiyyah dan Shireen, 20 persalinan buatan Mesir, binatang tunggangan (kaldai - Duldul), madu dari Binha, minyak wangi, sebuah mangkuk kaca serta seorang doktor. Semua hadiah tersebut diterima oleh Rasulullah, kecuali doktor. Rasulullah mengembalikan doktor tersebut dengan bersabda maksudnya, "kembalilah kepada kaummu kerana kami adalah kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai kenyang".(Az-Zuhri dlm Shawqi).
Rujukan: 1. Ahmad Tajudin bin Abdul Hamid (1998) Metodologi Dakwah Alaf Baru; Jurnal Dakwah Jld 1, Bil 1 JPIM KPM “ Kuala Lumpur.
2. Shawqi Abu Khalil (2004) Atlas on The Prophets Biography, Darussalam, Riyadh .
No comments:
Post a Comment