Tuesday, December 15, 2009

Battle of the Bulge


Nak kurus tiada jalan mudah, kalori masuk mesti kurang dari kalori pakai. Masuk lebih pakai mesti lebih kalau tidak dia jadi tepu dipinggang, diperut.. diserata badan termasuk dikeliling jantung.

Percayalah.. tiada jalan mudah. Al-Quran.. dah lama beri pedoman "makan berpada-pada dan yang baik-baik". Masuk lebih bakar mesti lebih. Contoh untuk membakar adalah dengan senaman atau bergerak aktif. Jangan percaya alat yang dipasang dan bergegar dipinggang boleh kempis perut...

Tuesday, October 6, 2009

Tiada Jalan Mudah-Kena Kerja Kuat

Orang tercantik di Malaysia nak jaga badan beliau "kena kerja kuat"..... oleh itu nak paras macam dia kita juga kena berkerja kuat untuk mengawal kalori yang masuk kebadan kita... kerja kuat untuk menahan supaya jangan sondol apa saje yang ada didepan mata..... AWAS jamuan hari raya dan bufet direstoren!!!!!!!

Semakin Borooo-Jaga Kalori Anda

Seperti petikan dalam NST bertarikh 22 Feb 2006 dan Mingguan Malaysia 6 April 2008, rakyat Malaysia setiap tahun meningkat semakin boroo dan sepadan dengannya semakin meningkat pelbagai penyakit berkaitan dengan boroo ni.

Tiada jalan mudah untuk kawal berat badan,, semua ubat yang dijual hanya indah kabar dari keberkesanan.. berat kocek dah tentu turun tetapi berat badan belum tentu.

Oleh itu jaga kalori anda???

Wednesday, August 5, 2009

Tak Hebat Mana


Insha' Allah, untuk sihat dan cergas kita perlu jaga makan dan beriadah. Pada umumnya mengikut pemerhatian saya, mereka yang berbadan gemuk dan obes biasanya mati lebih awal akibat darah tinggi dan kenching manis.

Pengalaman peribadi terakir marathon 21 km dapat dihabiskan dalam masa dua setengah jam, tak le hebat mana tetapi boleh lari 21km kerana berbadan normal dan jaga makan. Masa saya obes dulu, berat 90kg, nak lari 1 km pun tak larat.. oleh itu Makan Untuk Hidup dan BUKAN hidup untuk makan.

Makan Ubat Ikut Masa Sendiri Yang Sesuai

Pandangan peribadi.. didapati tekanan darah tinggi berubah rubah dalam masa 24 jam, mungkin naik selepas makan. Bagi saya tekanan darah paling tinggi selepas bangun dari tidur. Oleh itu bagi saya, "jika" mahu makan ubat darah tinggi perlu diambil sebelum tidur. Untuk senaman juga perlu dibuat waktu petang dan bila tidur tekanan darah paling rendah dan mula naik semasa tidur.

Ubat diadun adalah "generic" untuk umum bukan disesuaikan untuk seseorang. Hanya kita boleh sesuaikan dengan kita. Oleh sebab itu biotek akan cuba mengubah ubatan ni supaya bersesuaian bagi setiap invividu bergantung pada "genetic make up" masing masing.

Monday, March 30, 2009

MAKAN UNTUK HIDUP, SENAMAN UNTUK CERGAS DAN UBAT


Untuk sihat, cergas dengan berat badan unggul tiada jalan lain... jaga apa yang kita makan dengan amalan makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Anggaplah senaman setiap hari sebagai pil ubat. Setiap hari kena makan pil pelbagai penyakit, gantikan pil pil ini dengan senaman setiap hari dan membuat regangan. Amalan pergi urut juga tidak perlu, kita boleh urut sendiri dengan membuat regangan yang sesuai. Jimat duit dan menambah daya kelenturan anggota badan kita.

Hidup mati ditangan Allah, tetapi secara usaha sebagai manusia kebiasaannya mereka yang mempunyai berat badan unggul lebih panjang umur. Bukan saja pendek umur, kita mati sebelum mati........ rumah bagaikan klinik, semua ubat ada...

Saturday, January 31, 2009

TIP 14: KHASIAT RIADAH

Hidup, mati, sihat, sakit dan segala segalanya adalah ketentuan Allah. Ikhtiar melalui riadah adalah jalan terbaik untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan pelbagai penyakit lain. Ubat perlu dibayar dan beriadah adalah percuma dan khasiatnya antara lain adalah:

1. Boleh mengurangkan kolesterol secara umum dan menaikan kadar
kolesterol yang baik (HDL)
2. Menguatkan jantung
3. Mencergaskan otot
4. Menambah baik aliran darah
5. Meningkatkan stamina
6. Meningkatkan daya tahan melawan penyakit

Jika dah lama tak beriadah, sila jumpa doktor untuk mendapat nasihat terutamanya bagi mereka yang dah melebehi 35 tahun, boroi dan disahkan mengalami pelbagai penyakit.

TIP 13: UNTUK SIHAT DAN CERGAS – MAKAN BANYAK MACAM BUKAN MAKAN BANYAK SATU MACAM

Kita semua dah tahu fungsi pelbagai vitamin dan bahan galian. Buku sains tingkatan tiga anak atau cucu kita dah cerita hal ni. Tak payah nak belanja mahal mahal beli ubat nak kuruskan badan. Makan saja seimbang bermacam macam mengikut piramid makanan dan beriadah.

Jika makan bermacam macam, bermacam vitamin dan bahan galian yang kita perolehi. Dan jika kita makan semacam, hanya satu macam vitamin atau bahan galian yang kita perolehi. Oleh itu makan bermacam macam tetapi jangan melebehi had keperluan kita seperti yang dimaklumkan dalam tip sebelum ini. Secara umumnya lelaki dewasa dan perempuan dewasa bekerja dipejabat jangan mengambil melebihi 2,500 kcal dan 2,100 kcal sehari.

TIP 12: BERHATI HATI JIKA ADA YANG GEMUK ADA YANG KURUS DALAM SATU KELUARGA

Pada umumnya dalam satu keluarga yang tinggal bersama, boleh dikatakan mengamalkan gaya hidup lebih kurang sama dan makan pun lebih kurang benda yang sama. Oleh itu berhati hati jika ada antara ahli keluarga yang gemuk dan ada yang kurus. Yang kurus mesti berhati hati mungkin risiko penyakit yang dialami oleh ahli keluarga yang gemuk mungkin sama, kecuali jika sikurus ni saja mengamalkan gaya hidup yang berlainan.