Monday, June 7, 2010

FORMULA SENAMAN




Gambar diatas adalah kumpulan pelari untuk Malakoff Run pada 20 Disember 2009... badannya semua BMI ok... Kumpulan teh tarik mungkin..bentuk badan yang berbeza dari yang diatas.

Nak senaman dan bertambah cergas dan untuk mendapat kesan yang sebaiknya perlu ikut formua FIT.

Frekuensi/Kekerapan - Apa senaman pun sama berjoging, berbasikal atau lain-lain kita perlu lakukan sekurang-kurang 3 kali seminggu

Intensiti/sejauhmana - Sejauh mana perlu kita lakukan adalah bergantung kepada keupayaan badan kita. Ada para pakar mengesyor untuk mendapatkan kesan agar dibuat ketahap denyutan nadi seminit sebanyak (220-umur kita).Untuk permulaan disyorkan 60% dari kadar ini dan naikkan setelah kita lebih cergas.

Time/tempoh masa - Selama mana kita perlu lakukan senaman, adalah disyorkan tidak kurang dari 30 minit setiap sesi.

No comments: