Sunday, June 27, 2010
Tak Sehebat Mana 3
StandardChartered KL International Marathon by ramlimatnor at Garmin Connect - Details
Saya lari separuh marathon (21 km)memakan masa lebih kurang 2jam 20 minit.. pemenang marathon penuh (42 km) memakan masa 2:16:44s mendapat bawa balik ke Kenya US$17,500 (RM56,753). Saya tak dapat bawa balik sesen pun tetapi yang penting saya dapat bakar kalori 1,287 C/kcal bersamaan 64% keperluan harian 2,000 C/kcal. balik rumah semak tekanan darah 100/56 dan paras gelukos 5mmmol. Alhamdulillah semuanya baik.
Kesimpulannya... seperti yang dimaklumkan berkali kali sebelum ini, untuk sihat dan cergas kena kerja kuat, tiada jalan mudah.
Friday, June 25, 2010
Lari 10 Kilometer Untuk bakar 399 Cal
Untitled by ramlimatnor at Garmin Connect - Details
Saya lari satu jam lebih kurang 10 km, baru dapat bakar 300 Cal/kcal... Oleh itu bagi siapa yang tak sanggup buat kerja ini kawal makan adalah lebih baik. 399 Cal ini, lebih kurang nak bakar satu keping roti canai berdasarkan resepi yang akan diceritakan masa akan datang.
Saya lari satu jam lebih kurang 10 km, baru dapat bakar 300 Cal/kcal... Oleh itu bagi siapa yang tak sanggup buat kerja ini kawal makan adalah lebih baik. 399 Cal ini, lebih kurang nak bakar satu keping roti canai berdasarkan resepi yang akan diceritakan masa akan datang.
Tuesday, June 22, 2010
RIADAH MENDAPAT PAHALA
Bagi orang Islam beriadah bukan sahaja mendapat kebaikan dari segi kesihatan (Insha'Allah panjang umur)tetapi juga boleh mendapat pahala. Semasa riadah sama ada berjalan laju, berbasikal atau lain-lain kita boleh berzikir dan/atau berselawat kepada Nabi kita Muhammad (SAW). Untuk tujuan ini beriadah bersendirian adalah lebih manafaat dari berkumpulan. Secara berkumpulan biasanya kita berbual kosong atau lebih teruk kita mengumpat. Sepatutnya pahala yang dicari disamping mendapat kesihatan tubuh badan tetapi dosa yang dikumpul. Oleh itu jika beriadah secara berkumpulan elakkan dari mengumpat atau bercerita tentang tajuk yang tidak membawa menafaat.
Sunday, June 13, 2010
SAIZ PINGGANG = SAIZ PINGGAN
Saiz pinggang sama dengan saiz pinggan. Oleh itu untuk kecilkan atau rampingkan pinggang kecilkan saiz pinggan. Dengan kata lain kena makan sikit saje kalau boleh satu piring kecil cawan Jepun setiap kali makan. Kita bagi orang Asia bagi lelaki saiz pinggang jangan melebehi 35.4 in dan perempuan jangan melebehi 31.5 in. Patut diharamkan penjualan tali pinggang atau seluar melebehi saiz ini. Jangan galakkan isteri pakai baju kafton yang saiz bebas nanti pinggannya pun jadi bebas, tak dapat dikawal.
Risiko bersaiz pinggang besar boleh membawa maut.. serangan angin ahmar yang membunuh 6 orang Malaysia setiap 1 jam.
Monday, June 7, 2010
FORMULA SENAMAN
Gambar diatas adalah kumpulan pelari untuk Malakoff Run pada 20 Disember 2009... badannya semua BMI ok... Kumpulan teh tarik mungkin..bentuk badan yang berbeza dari yang diatas.
Nak senaman dan bertambah cergas dan untuk mendapat kesan yang sebaiknya perlu ikut formua FIT.
Frekuensi/Kekerapan - Apa senaman pun sama berjoging, berbasikal atau lain-lain kita perlu lakukan sekurang-kurang 3 kali seminggu
Intensiti/sejauhmana - Sejauh mana perlu kita lakukan adalah bergantung kepada keupayaan badan kita. Ada para pakar mengesyor untuk mendapatkan kesan agar dibuat ketahap denyutan nadi seminit sebanyak (220-umur kita).Untuk permulaan disyorkan 60% dari kadar ini dan naikkan setelah kita lebih cergas.
Time/tempoh masa - Selama mana kita perlu lakukan senaman, adalah disyorkan tidak kurang dari 30 minit setiap sesi.
Subscribe to:
Posts (Atom)