Saya baru balik kursus baiki hawa dingin (h/d) kereta di Kolej Komuniti Hulu Langat. Kursus selama 20 jam tersebut amat berguna. Saya harap semua yang mempunyai kenderaan dapat mengikuti kursus ini untuk tambah ilmu. Kalau tak nak buka kedai h/ d sendiri pun tak pe.. sekurang kurangnya kita faham apa kedai hawa dingin dok buat kat h/d kereta kita.. tentu sekali paling baik, buka bengkel baiki h/d sendiri... sangat berguna untuk remaja kita .. dari dok melepak.. pasal melepak ni.. orang pencen pun patut hadir untuk tambah ilmu, tak rugi... tuntut ilmu sampai liang lahad.. ilmu ugama dan juga ilmu teknologi
Hawa dingin kenderaan cuma ada 5 sistem komponen
1. Compressor 2. Condensor 3. Filter Dryer 4. TXV (Thermal Expansion Valve) 5. Evaporator atau cooling coil..
Apa apa rosak cuma 5 barang ni.. termasuk bocor pada penyambung atau paip.. itu saja
Dok buat/tengok cuci asid evaporator atau cooling coil
1 comment:
Saya yang nak keterangan lanjut boleh hubungi Kolej Komuniti Hulu Langat sebelah Giant Kajang no tel: 03-87370037 atau layari www.kkhl.edu.my
Post a Comment