Tuesday, February 9, 2010
Suka Cari Jalan Becak
Lama juga tak bercerita dalam blog ini.. macam biasa cerita saya cuma pasal "kurus, sihat dan cergas". Pasal nak kurus badan, nak hilang kencing manis dan nak hilang darah tinggi. Ramai orang termasuk kita.. suka cari jalan becak untuk selesaikan masalah ini. Setiap hari pengidap kencing manis, darah tinggi dan kegemukan makin bertambah. Dengan penambahan ini juga le,,, macam macam ubat, herba, jus alat gegaran... sampai beras Faiza pun boleh mengubat pelbagai penyakit. Ikuti le jalan tak becak... jalan al-Quran dan hadith.... semua penyakit Insha'Allah boleh semboh dengan berpuasa dan bila berbuka makanle berpada pada dengan makanan yang sesuai.Buat sedikit senaman untuk menguatkan jantung, paru paru dan otot... semua otot??
Saya dah ulang banyak kali.. ubat (drug) bukan menyembuhkan penyakit tetapi menahan saje... penyakit masih aktif dan umpama bom jangka akan meletup bila bila masa saje... Dengan cara berpuasa, mengambil makanan yang sesuai dengan kuantiti yang optima dan melakukan sedikit senaman.. penyakit penyakit boleh dihilangkan dari badan kita... boleh hilang bukan setakat menahan...macam makan ubat drug.
Oleh itu kawan kawan semua yang nak kurus, ada kencing manis, ada darah tinggi... jangan ikut jalan becak.. ikuti le jalan lurus dan selamat. Selain dari al_Quran dan hadith .. percaya le panduan yang ditulis oleh Kementerian Kesihatan dilaman www.myhealth.gov.my.
Salah satu panduan berguna yang dipetik dari New Straits Times pada 31 Dec 2009 yang lepas.
Wassallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment