Monday, December 29, 2008

TIP 11: Untuk Mengurangkan Berat Badan Dan Cergas



Tiada jalan mudah untuk kurangkan berat badan dan cergas. Kurang makan dan bersenam secara sederhana.. Tiada pil cuma ”will power”, yang pasti pil boleh mengurangkan berat dompet anda, berat badan belum tentu.

Untuk turunkan berat badan sebanyak 1kg = 1,000gm, anda perlu kebulurkan diri anda sebanyak 9,000 kcal. Misalannya anda nak turunkan berat badan sebanyak 1kg dalam satu minggu, maknanya 9,000/7 bersamaan 1,300 kcal sehari. Anda kena kebulur diri anda sebanyak ni (1,300 kcal) dari 2,000 yang anda perlukan dalam sehari bagi mereka yang tidak aktif. Makan hanya 700 kcal sehari. Insha’Allah dalam masa seminggu boleh turun 1 kg.

Jika bersenam ianya bukan saja boleh makan lebih sikit, sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa bersenam tetapi ianya boleh menyihatkan jantung dan bertambah cergas.

Wanita yang disiarkan dalam akbar New Strait Times 17 Julai 2008 ini boleh, anda tentu boleh.

Sunday, December 28, 2008

TIP 10: Jangan Sayang Anak Salah Tempat


Hidup mati adalah ketentuan Allah. Adakah sanggup kita melihat anak kita mati akibat faktor dalam kawalan kita. Kita biarkan mereka makan apa saja, asalkan halal. Tak kisah sama ada makanan tersebut sesuai atau tidak dengan mereka atau seimbang dengan usia mereka. Akibatnya kita boleh lihat dalam petikan akbar New Sunday Times bertarikh 16 November 2008 disertakan. Saluran pembuluh darah kanak kanak umur 10 tahun semacam dewasa 45 tahun. Ini boleh membawa risiko diabetes dan darah tinggi dan seterusnya boleh menanggung akibat hidup tetapi mati.
Oleh itu berikanlah mereka makanan seimbang dan jangan melebehi keperluan dalam 2,000 kcal sehari.

Thursday, December 25, 2008

TIP 9: Sikit Tetapi Banyak

Ramai diantara kita salah sangka atau salah anggapan. Kata mereka, saya tak makan banyak tetapi masih gemuk. Di Afrika yang kebulur tu, tiada seorang pun gemuk. Itu contoh yang betul betul tak makan. Yang penting kita perlu tahu apa kita makan. Setengah benda kita makan sikit tetapi nilai kalorinya tinggi. Asas tentang kalori adalah seperti jadual berikut:

********************************************************************************
Jadual : Nilai Kalori Untuk Empat Kategori Sumber Tenaga

1. Karbohidrat 1gm=3.75kcal=15.75kJ=3.75 Calori (dieter)

2. Protein 1gm=4.00kcal=16.80kJ=4.00 Calori (dieter)

3. Lemak 1gm=9.00kcal=37.80kJ=9.00 Calori (dieter)

4. Alkohol 1gm=7.00kcal=29.40kJ=7.00 Calori (dieter)

Nota : 1 kcal = 4.2 kJ = 1(diet) Calorie

Sumber: The Joy Of Slimming oleh Margaret Allan

*****************************************************************************


Minyak adalah kategori lemak, dimana dua sudu besar (28gm) bernilai 252 kcal.
Satu cawan nasi putih kosong satu cawan bernilai 241 kcal. Cuba kita bandingkan dua sudu minyak dah menyamai satu cawan nasi. Oleh itu elakkan dari segala lemak atau perlu ambil sedikit sahaja.

Ramai kita orang Asia suka buat kerja membazir dan menggemokkan.... pisang sudah masak lagi goreng, nasi sudah masak lagi goreng, roti dah okay sapu lagi marjirin atau butter dan bermacam lagi....

Aiskrim... haha.. satu cawan yang manis dan berlemak boleh mempunyai nilai 500kcal. Bayangkan bagi kita yang suka makan aiskrim, nampak sikit tetapi banyak kalorinya. Gula sahaja tanpa benda lain dua sudu besar (28gm) dah 100 lebih kcal.

Kumpulan sayuran dan buahan mengandongi nilai kalori yang rendah... jadi boleh makan banyak.

Oleh itu pilih yang rendah kalori BANYAK TETAPI SIKIT nilai kalorinya bukan disebaliknya.