Thursday, September 23, 2010
KOMEN PASAL RESEPI 3 - PISANG GORENG
Pisang adalah makanan yang baik untuk tolong mengawal tekanan darah tinggi, tetapi malangnya dengan kreativiti kita yang negatif, pisang ini ditambah tepung beras dan digoreng dengan minyak. Satu biji pisang nilai kalorinya 60 kcal, bila digoreng bertepung akan menambah nilai kalorinya kepada 180 kcal. Jika dimakan dua biji/4 belah tanpa teh tarik pun dah hampir menyamai makan malam biasa. Pandangan saya, makan petang seperti goreng pisang ni tak perlu, terus makan malam. Jimat kalori,, Insha'Allah boleh kurus.
Wednesday, September 22, 2010
KOMEN PASAL RESEPI 2 - PUDING KURMA
Buah kurma secara sendirinya memang dah bagus dan banyak khasiatnya. Nabi kita Muhammad (S.A.W) memang menggalakkan kita memakan kurma lebih lebih lagi sebagai sunnah semasa berbuka puasa. Dengan pelbagai idea yang canggih dari para Chef demi untuk keunggulan dan gaya resepi baru, yang baik ditambah bermacam macam lagi dah jadi kurang baik dari segi kesihatan dan nilai kalorinya.
Resepi tersebut dipetik dari majalah Rasa keluaran September 2008 laman 148 (edisi Aidilfitri 2008). Anggaran nilai kalari adalah 3,400 kcal untuk 10 orang makan. Ini bermakna satu potongan biasa bernilai 340 kcal. Kalau yang kaki belasah tu, belasah separuh sajian ini ianya hampir menyamai keperluan kalori untuk satu hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)