Saturday, August 21, 2010
PENDAKIAN BUKIT BROGA DAN GUNUNG TOK WAN
Anjuran KECERGAS seramai 15 orang pada 11 April 2010 yang lepas telah mendaki Bukit Broga (sejauh 1.7 km, ketinggian 400m) dan Gunung Tok Wan (sejauh 4.8 km, ketinggian 675m) dan masa yang diambil untuk turun dan naik adalah 6 jam. Pemandangan yang menarik hanya boleh dilihat dari Bukit Broga. Dari Gunung Tok Wan,,, tiada pemandangan langsung kerana kedua belah trek dilindongi oleh pokok pokok dan tidak dapat melihat pemandangan yang lebih jauh.
Sepanjang perjalanan pergi balik dari Bukit Broga ke Gunung Tok Wan.. dikerumuni oleh beratus-ratus ekor nyamuk. Oleh itu siapa yang ingin ke Gunung Tok Wan bersedia untuk melawan ancaman nymuk. Trek perjalanan ke Gunung Tok Wan adalah dibelakang papan tanda Bukit Broga ini.
Pengalaman yang penting sepanjang pendakian ini adalah kecergasan. Kita perlu cergas untuk pendakian... ramai ahli rombongan dah "give up" separuh jalan, berhenti beberapa kali dan tidak mahu meneruskan pendakian. Atas motivasi Ketua Kumpulan,,, semuanya berjaya menawan Gunung Tok Wan walaupun memakan masa yang paling lewat lebih kurang 6 jam sejauh 9.6 km turun naik. Yang penting kita telah bakar lebih dari 600 kcal dalam pendakian ini dan berasa puas atas pencapaian kita.
Thursday, August 12, 2010
Muar Half Marathon Bakar 801 kcal
TEKAN SINI Muar Half Marathon by ramlimatnor at Garmin Connect - Details
Di Muar half marathon hanya bakar 801 kcal, lebih kurang 400 kcal lebih rendah dari KL Standard Chartered Half marathon kerana di KL "elevation gain" 254 m berbanding di Muar tanah rata cuma naik jenjantas pejalan kaki untuk lintas jalan utama "elevation gain" cuma 46 m. Masa diambil untuk tamat juga lebih cepat 18 minit.
Banyak kekurangan pihak penganjur lakukan jika dibandingkan dengan peringkat penganjuran antarabangsa...bole le.. sebagai penganjur kali pertama.
Subscribe to:
Posts (Atom)